April 23, 2014

SAMBUTAN MAULIDURRASUL

Sambutan Maulidurrasul telah diadakan pada 13 Februari 2014 bersamaan 13 Rabiulakhir 1435 Hijrah. Sambutan melibatkan Sekolah Kebangsaan Setia Budi, Sekolah Agama Parit Gantong dan Masjid Jamek Parit Gantong. Pada kali ini, SK Setia Budi telah menjadi tuan rumah dan Tuan Guru Besar menjadi Pengerusi Sambutan. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan sambutan.




Jasamu Dikenang

Majlis perpisahan dengan Guru Besar yang bertukar ,Encik Mohd Sihhol Hafis B Mohd Rukiban, meraikan Guru Besar Baharu, Encik Hamdan B Atan dan meraikan guru yang dinaikkan pangkat sebagai GPK Kokurikulum di SK Seri Mulia, Encik Erwan B Safiee, telah diadakan pada 15 Januari 2014. Antara agenda yang dijalankan ialah ucapan dari kedua-dua orang guru besar,guru yang diraikan, penyampaian hadiah, deklamasi sajak dan jamuan.




January 30, 2013

Assalamualaikum... Lama tak diupdate blog ini kerana masalah teknikal. alhamdulillah, semuanya telah dapat diatasi..Blog ini akan diurus oleh pihak pengurusan sekolah mulai hari ini Rabu 30 Jan 2013 Terima Kasih

October 12, 2011

PERTANDINGAN GUBAHAN DAN MASAKAN SELEPAS UPSR


Baru-baru ini murid murid tahun 6 sksb telah menjalankan aktiviti selepas upsr iaitu pertandingan gubahan dan masakan. Pertandingan ini telah dijalankan semasa hari persekolahan. Murid-murid dibahagikan kepada 5 kumpulan. Kumpulan yang memenangi pertandingan akan menerima hadiah semasa Hari Anugerah cemerlang sekolah. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk mengisi masa lapang pelajar dan melatih mereka untuk menghadapi situasi kehidupan sebenar apabila dewasa kelak.